DIET |
Keperluan pemakanan anda tidak berubah secara mendadak sejurus selepas anda hamil. Permulaan kehamilan kadang-kadang disampingi perubahan dalam keinginan benda-makan. Kehamilan juga bermula dengan mual muntah antara 7 dari 10 wanita. Keperluan kehamilan semakin menigkat mulai bulan ke -7 sahaja.
Kehamilan adalah masa paling sesuai untuk berikhtiar mempelajari pemakanan yang betul. Pemakanan sihat akan menjauhkan anda dari penyakit kencing manis semasa kehamilan dan juda bayi lebih berat dari yang patut. Formulanya amat mudah difahami: 1. Apa yang jangan dimakan Benda mentah Telur separuh masak Daging steak separuh masak - harus dimasak sepenuh tebal daging pemakanan mentah yang digalakkan hanyalah buahan dan salad / ulam yang diketahui kebersihannya. 2. Nasi / mee/ kuey teow semuanya sememangnya tidak digalakkan. Ganti dengan kentang, pasta, roti nan atau chapati. 3. Bahagikan piring anda kepada 3 bahagian. 1 untuk sayuran, 1 untuk daging/ikan dan sepertiga terakhir sahaja untuk nasi / kentang / pasta etc. 4. Terdapat 3 masa makan utama dalam sehari. Wanita hamil kerap lapar antara waktu-waktu makan utama. Snek secara sihat digalakkan sekiranya lapar di antara waktu makan utama. 5. sekiranya lapar antara waktu makan utama: 1. minum segelas air dahulu 2. Timun, kacang-kacang, carrot dan salad atau buahan merupakan snek semulajadi yang sihat. sentiasa bawa bekalan kerana amat susah untuk mendapatkan makanan sihat dari restoran. Wanita hamil digalakkan sentiasa membawa bekalan air kemana-,mana. Air sebanyak 3 L sehari disyorkan. |
SUPPLEMENTS / VITAMIN |
Hanya beberapa Suplemen / vitamin disyorkan semasa hamil:
1. acid folic 0.5mg dimulakan 3 bulan sebelum hamil sehingga bulan ke-3 kehamilan akan mengurangkan kejadian kecacatan otak/saraf neural tube defect sebanyak 70%. 2. Calcium sebanyak 1g / hari akan mengurangkan kehilangan jisim tulang kehamilan, meningkatkan pembentukan tulang janin dan mengurangkan kejadian tekanan darah tinggi kehamilan. 3. Zat besi untuk wanita yang kekurangan zat besi. Semua suplemen lain tidak digalakkan. Mulai bulan ke-7 kehamilan, bayi akan mula membesar dengan kadar tinggi. Keperluan pemakanan asas protinm besi dan calsium meningkat keika ini. Keperluan komponen tersebut boleh didapati dari pemakanan harian. Peningkatan keperluan protin boleh didapati dari daging merah, dal, telur, ikan. Keperluan kalsium harian boleh didapati dari segelas susu sehari dan ditambah dengan supplemen tambahan. BAHAYA Ada supplemen yang memudaratkan janin anda - contohna vitamin A dan E. Semak dengan doktor anda sekiranya anda ingin mengambil supplemen tambahan semasa kehamilan. |