Fetal Medicine and Women's Health
your one-stop women's health site
  • New Page
  • Home
    • BM: Home
  • Contact Us
    • BM: Contact Us
  • Health Checker
  • Services
    • BM: Services
  • What's New
  • COUNSELING
  • Image & Video Gallery
    • First Trimester Genetic Scan
    • 3D & 4D Scanning
    • Diagnostic Procedures
  • Women's Health
Picture

LETIH LESU

MUAL MUNTAH


SAKIT BUAH DADA

Ramai ibu akan rasa letih/lesu terutama semaasa 3 bulan pertama kehamilan. Ini normal. Hormon-hormon kehamilan sedang meningkat secara mendadak dari minggu ke-6 hingga minggu ke-12 pertama menybabkan ramai terasa letih/lesu.
Ini tidak memudaratkan bayi anda.
Rehat sebanyak mungkin. Perasaan ini selalunya akan hilang serba sedikit semakin banybak anda berehat.
Anda akan mulai rasa normal kembali selepas minggu ke 14.
50% semua wanita hamil akan menghadapi masalah ini. Tanda-tanda mual muntah selalunya bermula dari minggu ke-6 hingglah minggu ke-12. 

Sekiranya anda terlampau banyak muntah anda boleh cuba petua-petua berikut:
  • rehat sebanyak mungkin
  • perlahan-lahan bangun dari tidur sekiranya mual kuat sebelah pagi. Cuba makanan seperti biskut kering atau roti sebelum bangun.
  • minum dengan banyak terutamanya masa yang anda rasa kurang mual/muntah
  • makan dedikit demi sedikit. Ekak dari makan pinggan penuh sekali gus. Anda boleh bahagikan makanan supaya makan lebih banyak kali tapi sedikit demi sedikit.
  • Jangan berhenti makan kerana mual kerana ini akan menyebabkan ia bertambah teruk.
  • Elakkan minuman sejuk, bergas atau manis - namun anda patut cuba apa-apa minuman yang membuat anda lebih selesa.
  • Anda memelukan lebih bantuan dari kawan/keluarga ketika ini
  • Makanan sejuk kurang merangsang deria bau dan boleh membantu. Elak minuman bergas dan manis. Elak makanan dan bau yang merangsangkan muntah. Pakai pakaian kurang ketat dan selesa.


JIKA ANDA TIDAK BOLEH MINUM LANGSUNG ANDA PERLU PERTOLONGAN PERUBATAN
Ramai wanita mengalami sakit di payu dara ketika payu dara membesar semasa kehamilan. Kadang kadang ada perasaan menyucuk. Payudara selalunya berubah lebih lebih berketulan semasa hamil. Semua ini normal. Hanya sokongan lebih diperlukan.

Ketulan payu dara solitari mungkin berbahaya dan perlu diperiksa doktor.

Powered by Create your own unique website with customizable templates.