Pemeriksaan dan penyariingan Trimester Pertama menggabungkan bacaan ultrasound untuk kiraan ramalan sindrom-sindrom Down, Patau dan Edward denga ketapatan sekitar 80%.
Pemeriksaan scan ini akan memberikan banyak maklumat terperinci tentang bukan sahaja janin anda tetapi juga ramalan risiko kehamilan seperti keguguran, masalah tumbesaran janin dan darah tinggi mengandung. Kecacatan fizikal yang ketara boleh dikenalpasti semasa scan ini. Penyakit pre-eclampsia (penyakit tekanan darah tinggi kehamilan) adalah sebab utama ibu boleh sakit tenat disebabkan kehamilan. Ia merupakan punca utama kehilangan nyawa ibu di seluruh dunia. Risiko untuk pre-eclampsia (penyakit tekakan darah tinggi kehamilan) boleh dikira dan sesiapa yang didapati berisiko tinggi boleh diberi rawatan mengurangkan risiko atau mengelak sama sekali secepat mungkin. Rawatan mengelak harus dimulakan sebelum minggu ke 15 Ciri- ciri fizikal diperiksa termasuk:
Semua ini dilakukansemasa janin dalam julat 45mm hingga 84mm (minggu ke-11 hingga 13). Pemantauan Taraf Antarabangsa Di Junjung Anda |
|