Scan Viabiliti minggu 5-10 memberikan maklumat-maklumat berikut:
Kandungan Luar Rahim Komplikasi serius yang berlaku dengan kadar 1 dalam 200 kehamilan. Ia lebih kerap berlaku dalam golongan yang menjalankan rawatan fertiliti untuk mendapatkan anak dan yang ada sejarah jangkitan kuman kelamin. Kandungan kembar Walaupun tampil sebagai berita gembira, kandungan kembar dianggap sebagai komplikasi kehamilan. Terdapat dua jenis kembar - seiras dan tidak seiras. Kandungan seiras amat berisiko tinggi berbanding kembar tidak seiras. Pembedaan ini hanya boleh dilakukan dengan tepat sekiranya ultrasound dilakukan oleh pakar sewal mungkin. Keguguran Ini agak kerap berlaku dengan kadar 1 dalam 8. Kebanyakan kes keguguran bermula dengan sakit dan pendarahan. 30% dari kes kes ini terjadi tanpa apa-apa tanda. Hanya pemeriksaan ultrasound boleh mengenalpasti kes-kes ini. r Dating Penentuan tarikh dijangka bersalin Pengiraan tarakh dijangka bersalin hanya tepat dalam 80% kes-kes dimana kitar haid adalah tentu. Scan seawal julat viabiliti amat tepat untuk tujuan ini. Scan awal untuk mengesahkan tarikh dijangka bersalin mungkin mengelakkan anda di-induce untuk tujuan overdue. Ovarian cysts. 10% semua wanita hamil ada cyst di ovari mereka. Kebanyakan dari cyst ini akan hilang secara spontan. Jarang cyst ini berkembang besar dengan pantas atau mempunyai ciri-ciri kompleks. Pemeriksaan ultrasound boleh menjawab persolan ini. Fibroids 20% semua wanita mempunyai fibroid di rahim mereka tanpa diketahui mereka. Ia tidak membebankan mereka. Fibroid adalh ketumbuhan bukan kanser sel oto rahim. Ia kadang-kadang boleh menyebabkan komplikasi seperti: gagal bersalin biasa, janin tidak dapat membesar dengan potensi sepenuhnya, janin tidak boleh pusing supaya kepala duluan dan juga pendarahan postpartum (selepas bersalin) akibat kegagalan rahim untuk kecut akibat fibroid |