Caesarean Section: Maklumat Untuk Anda
Kenapa perlu Caesarean Section |
30% daripada semua ibu akan bersalin dengan kaedah caesarean section (CS).
Berikut adalah sebab-sebab CS perlu dirancangkan sebelum sakit bersalin bermula: 1. Bayi terlampau besar 2. Songsang / melintang 3. Uri rendah - placenta previa 4. Kembar 5. Tumbesaran bayi terbantut - growth restriction 6. Anda request Berikut pula adalah sebab-sebab kenapa CS terpaksa dilakukan semasa proses bersalin: 1. Proses bersalin terbantut - jalan tidak buka 2. Pemantauan jantung bayi tidak normal 3. Air ketuban bercampur meconium (berak bayi) |
Komplikasi |
Komplikasi akibat CS amat jarang.
Namun seperti mana pembedahan lain terdapat komplikasi am serta komplikasi khusus: Komplikasi am: 1. Pendarahan - pendarahan CS lebih dari pendarahan dari bersalin biasa tetapi jarang ini menyebabkan masalah. 2. Pendarahan major: 1 kes dalam 1000 ibu bersalin di mana pendarahan major berlaku memerlukan rawatan melebehi dari yang routine, termasuk operation buang rahim untuk menyelamatkan nyawa. Ini tidak dapat dielakkan sekiranya untuk menyelamatkan pesakit. 3. Infeksi parut pembedahan berlaku 2-3% semua CS. Antibiotik akan diberikan semasa CS untuk semua kes-kes. Namun kadar tersebut tidak dapat dielakkan. 4. Semasa melakukan CS, organ berhapiran lain boleh terluka - contohnya pundi kencing atau usus. Ini amat jarang dan berlaku dengan kadar 1 kes dalam setiap 500. 5. Darah beku (deep vein thrombosis) lebih kerap berlaku semasa kehamilan terutamanya selepas bersalin care CS. |
Prosedur |
Dipindahkan ke bilik bedah.
Jantung bayi diconfirm semula. Bius separuh badan - jarang2 terpaksa dibius seluruh (tidur). Hos kencing dimasukkan. Ubat mengelak pendarahan dimasukkan dalam dubur. Kulit dibersihkan dengan povidon (warna oren) Potongan melintang suprapubik 15cm dilakukan Jahitan semula setelah bayi dilhirkan |
Penjagaan Post-Operation |
Anda akan sedar sepanjang operation.
Kebas kaki dan pinggang akan mulai hilang selepas 4-6 jam namun rasa sakit hanya diramal selepas 18-24 jam. Anda digalakkan mengiring dan mengubah posisi baring anda. Anda digalakkan menyusu bayi sejurus selepas kelahiran kecuali diarahkan sebaliknya oleh doktor. Anda digalakkan menggerakkan tapak kaki sentiasa adn mengejangkan oto2 kaki betis dan peha setiap 20-30 minit. Anda digalakkan minum dan makan sejurus selepas pembedahan, kecuali diarahkan sebaliknya oleh doktor. Bahagian kepala katil boleh dinaikkan seketika untuk tujuan2 diatas. Penggegaran anggota dan gatal kulit adalah kesan sampingan bius dan berlaku dengan agak kerap. Ia akan hilang selepas 2-3 jam. Ubat tahan sakit seharusnya dimakan sebelum sakit dirasai. Ubatan untuk sakit hendaklah dimakan mengikut jam seperti dalam arahan untuk minimakan sakit supaya boleh bergerak bebas dan menyusu bayi dengan selesa. Hos kencing akan dicabut selepas sehari. Kencing pertama penting. Kedua-dua pihak harus memastikan ibu boleh kencing seperti sedia kala. Staff perlu diberitahu segera sekiranya tidak ada sensasi kencing 4 jam seteleh hos dicabut atau tidak boleh kencing setelah mencuba. Ini mungkin satu emergency. |
PULANG KE RUMAHPENJAGAAN LUKATANDA TANDA AMARAN |
DUDUK DENGAN KERUSI BOLEH SANDA DALAM KERETA.
PELUK BANTAL DI DEPAN SUPAYA LEBIH SELESA SEMASA KENDERAAN BERGERAK. PEMANDU HARUS PANDU PERLAHAN. JANGAN BASAHKAN LUKA 5 HARI PERTAMA.
MANDI SEPERTI BIASA HARI KE-6. LAP KERING LUKA DENGAN TUALA BERSIH DAN BUKAN TUALA MANDI GETAH SELUAR DALAM HARUS DIATAS GARISAN LUKA. GUNAKAN SELUAR DALAM LONGGAR DAN SELESA DAN SEBAIKNYA ELAKKAN BUATAN NYLON DEMAM
KADAR NADI LAJU SAKIT BERTAMBAH BENGKAK KAKI SAKIT DADA DAN SUSAH BERNAFAS SEGERA KE KECEMASAN HOSPITAL |